Lelaki Warga Indonesia Mati Ditembak

Diterbitkan: Rabu, 9 April 2014 11:24 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Indonesia mati ditembak oleh dua lelaki yang menaiki motosikal di Jalan Raja Bot di sini, manakala seorang pelayan mengalami kecederaan di bahagian kaki akibat terkena peluru sesat.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata, lelaki berusia 40 tahun itu berada di sebuah kedai kopi untuk bertemu seorang rakannya sebelum insiden tersebut berlaku kira-kira pukul 7.40 malam Rabu.

"Dua lelaki menaiki motosikal dengan memakai topi keledar menutup muka menghampiri kedai tersebut.

"Pembonceng motosikal itu mengeluarkan pistol dan melepaskan empat das tembakan ke arah lelaki itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian pada Rabu.

Beliau berkata lelaki tersebut terkena tembakan di bahagian belakang dan salah satu peluru menembusi badannya dan satu lagi terkena kaki seorang pelayan kedai terbabit.

"Kedua-dua lelaki itu kemudiannya melarikan diri. Lelaki tersebut meninggal dunia serta merta di tempat kejadian manakala pelayan kedai itu hanya mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Khairi berkata, polis masih belum mengenal pasti motif pembunuhan itu.

"Kami akan mendapatkan rakaman CCTV dari kedai-kedai di kawasan tersebut untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai apa yang berlaku," katanya.

Beliau turut meminta sesiapa saja yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi talian hotline polis di 03-2115 9999.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan