Pelancong China Ditemui Lemas Di Pulau Perhentian Besar

Diterbitkan: Selasa, 8 April 2014 4:08 PM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Seorang pelancong dari China ditemui lemas berhampiran Pantai Pasir Panjang, Pulau Perhentian Besar malam Isnin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Noorzainy Mohd Noor berkata mayat Liu Feng, 31 ditemui pada 8.30 malam.

Mangsa yang berasal dari Guangdong sebelum itu dilapor turun ke pantai bersama isteri dan dua rakan untuk mandi-manda pada 5.30 petang, katanya dalam sidang media di sini Selasa.

Menurut Noorzainy, mangsa dipercayai mandi di kawasan yang agak dalam dan menghadapi masalah apabila dipukul ombak kerana tidak tahu berenang sebelum tenggelam. 

Noorzainy berkata mayat mangsa ditemui tidak jauh dari lokasi dia dilapor tenggelam oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Mayatnya dihantar ke Hospital Daerah Besut pagi ini untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada Kedutaan China, kata Noorzainy.
Tags / Kata Kunci: pelancong , China , Pulau Perhentian Besar

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan