Tiga Pejabat Kerajaan Di Wisma Negeri Dipecah Masuk

Diterbitkan: Selasa, 8 April 2014 5:34 PM

wisma negeri terengganu

Wisma Negeri di Jalan Pejabat, Kuala Terengganu.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pejabat Perhutanan dan Pejabat Pertanian yang terletak di Wisma Negeri di Jalan Pejabat di sini dipecah masuk awal pagi Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K. Manoharan berkata, kejadian itu disedari oleh kakitangan jabatan berkenaan yang datang kerja antara pukul 7.15 pagi hingga 7.45 pagi.

Katanya, pemeriksaan polis mendapati wang tunai, barang kemas dan barang runcit milik kakitangan JPS yang terletak di tingkat lapan wisma berkenaan dilaporkan hilang membabitkan kerugian kira-kira RM5,000.

"Kita percaya penjenayah melakukan kegiatan ini sekitar pukul 2 hingga 6 pagi...terdapat kesan umpil pada pintu pejabat bagaimanapun di Pejabat Perhutanan dan Pertanian tidak mengalami sebarang kehilangan (barang)," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Manoharan berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kejadian itu dilakukan seorang lelaki berusia 30-an dan polis sedang giat memburunya.

Polis meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil membantu siasatan polis, katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan