14 Anggota Polis Hadiri Kursus Integriti Positif Dadah

Diterbitkan: Selasa, 8 April 2014 7:26 PM

Acryl Sani (kiri) melepaskan konvoi bermotosikal dalam Program Kembara Bermotosikal Trafik Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di Ipoh, Selasa. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

IPOH: Empat belas anggota polis yang menghadiri kursus integriti di Kuala Kangsar dekat sini disahkan positif dadah.

Ketua polis negeri, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, ia berdasarkan ujian awal air kencing yang dibuat pada Isnin.

Kesemua anggota polis terbabit disiasat dan akan dikenakan tindakan disiplin selepas satu laporan komprehensif dikeluarkan.

"Mereka merupakan di kalangan 100 anggota polis yang dipilih secara rambang bagi menjalani ujian dadah pada Isnin malam," katanya kepada para pemberita selepas melancarkan program Kembara Komuniti Bermotosikal Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, Selasa.

Acryl Sani berkata, anggota polis terbabit mungkin mengambil dadah sebelum menyertai kursus itu, kerana bahan dadah itu akan berada di dalam badan untuk beberapa waktu.

"Saya tidak fikir mereka berkongsi dadah-dadah itu di kalangan mereka, tetapi saya percaya bahawa mereka menyembunyikan dadah itu dan mungkin mengambilnya secara senyap-senyap," tambahnya.

Kursus yang diadakan selama seminggu itu bermula Ahad lalu sepatutnya berakhir pada Sabtu ini.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan