Dua beranak Maut Kereta Bertembung Lori

Diterbitkan: Isnin, 7 April 2014 8:58 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Seorang jururawat dan bayi perempuannya berusia setahun maut selepas kenderaan Perodua Alza yang mereka naiki bertembung sebuah lori di Kilometer 72 Jalan Kuantan-Segamat dekat sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Pekan Superintenden Yahaya Othman berkata mangsa, Maziah Jusoh, 27, yang bertugas Hospital Kluang Johor Baharu, meninggal dunia di Hospital Muadzam Shah manakala anaknya, Nur Damia Hanan Marzuki, mati di tempat kejadian.

Pemandu kereta itu, Marzuki Othman, 30-an, adalah suami Maziah dan seorang anggota polis di PGA Simpang Renggam Johor Baharu, hanya cedera ringan di pipi serta telinga kiri.

"Kemalangan pada kira-kira 7.30 petang itu berlaku ketika mangsa sekelurga dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Segamat.

"Ketika tiba di tempat kejadian, kenderaan yang dinaiki mangsa memotong sebuah kereta di hadapannya sebelum tiba-tiba hilang kawalan dengan berpusing beberapa kali sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung lori berkenaan," katanya.

Yahya juga berkata mayat dua beranak itu dibawa ke Kampung Durian Burung, Kuala Terengganu untuk dikebumi dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tags / Kata Kunci: Segamat , Pekan , Pahang

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan