Wanita Sarat Mengandung Cedera Dihempap Khemah Jualan

Diterbitkan: Sabtu, 5 April 2014 8:29 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Seorang wanita sarat mengandung cedera di kepala apabila dihempap khemah jualan di Pasar Malam Kubang Kerian di sini.

Kejadian berlaku apabila besi perancah setinggi enam meter di bangunan rumah kedai yang dalam pembinaan tumbang menghempap khemah jualan terbabit pada 3.30 petang Jumaat.

Mangsa, Noraniza Nuriman, 24, yang mengandung sembilan bulan, menerima rawatan pesakit luar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Suaminya, Mohamad Kamarul Azhar, 26, berkata ketika kejadian, beliau, Noraniza dan dua pekerja mereka sedang bersiap-siap untuk menyediakan juadah yang akan dijual di pasar malam itu.

"Kami tidak menyangka besi perancah yang berada di bangunan rumah kedai di belakang khemah tumbang... Besi berkenaan tumbang perlahan-lahan tanpa disedari sehingga menghempap kepala isteri saya," katanya kepada pemberita Jumaat.

Mohamad Kamarul berkata melihat kecederaan Noraniza, beliau terus membawa isterinya ke unit kecemasan HUSM.

Katanya, mereka mengalami kerugian kira-kira RM5,000 apabila payung niaga dan barangan jualan rosak akibat kejadian itu.
Tags / Kata Kunci: wanita mengandung , khemah , cedera

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan