436 Pati Ditahan Menerusi 123 Operasi Bersepadu Di Perak

Diterbitkan: Jumaat, 4 April 2014 11:30 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Sebanyak 436 pendatang asing tanpa izin (Pati) serta 12 majikan ditahan menerusi 123 operasi bersepadu yang dijalankan di seluruh negeri Perak bagi tempoh 21 Jan sehingga 28 Feb lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata operasi yang membabitkan Jabatan Imigresen, Rela, polis serta Jabatan Pendaftaran menahan 132 warga Indonesia, Myanmar (77), Thailand (73), Bangladesh (55), India (35), Kemboja (31), Pakistan (24), Nepal (7) dan Vietnam (2).

"Dalam operasi itu pemeriksaan dijalankan ke atas seramai 2,278 orang. Sekiranya Pati memiliki dokumen perjalanan serta wang perbelanjaan pulang, tempoh biasa proses penghantaran Pati mengambil masa kurang satu minggu.

"Pati yang tiada dokumen perjalanan dan wang perbelanjaan, penghantaran pulang mereka bergantung kepada pihak kedutaan berkaitan pengeluaran dokumen, dan majikan atau keluarga untuk menguruskan perbelanjaan pulang," katanya menjawab soalan S. Kesavan (PKR-Hutan Melintang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri pada Jumaat.

Katanya operasi telah dilakukan di lokasi seperti premis perniagaan, kilang, tempat awam dan kawasan kediaman.

Shahrul Zaman berkata kos perbelanjaan Pati yang ditahan di depot untuk sehari adalah sebanyak RM31.

"Perbelanjaan itu meliputi makanan dan minuman, kemudahan air, elektrik, kesihatan serta logistik, pembersihan blok tahanan, infrastruktur dan lain-lain. Perbelanjaan untuk Pati agak tinggi dan ia sangat merugikan kita," katanya.

Menjawab pula soalan Wong Kah Woh (DAP-Canning), beliau berkata Kementerian Dalam Negeri mengambil pelbagai langkah bagi mengatasi masalah kemasukan Pati, namun kerjasama daripada semua pihak termasuk orang awam diyakini dapat mengatasi masalah itu dari semasa ke semasa.

"Masalah ini (kemasukan Pati) harus diterima kerana Malaysia sebuah negara Semenanjung yang dikelilingi air dan pantai persisiran beribu kilometer, merupakan cabaran hebat untuk tangani masalah ini. Dengan tindakan yang diambil diharap dapat mengurangkan jumlah Pati sehingga mencapai angka sifar," katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan