Kejadian Kedua Mesin ATM di Putra Height Dilarikan

Diterbitkan: Khamis, 3 April 2014 11:11 AM

Slot sebuah mesin ATM yang dilarikan di Putra Height pada Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki melarikan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik sebuah bank, mengakibatkan kerugian RM160,000 di Putra Mahkota, Putra Heights di sini, Rabu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, tiga suspek dipercayai menggunakan tali dan penyangkut untuk menarik keluar satu daripada mesin ATM di bank terbabit.

"Mereka menggunakan sebuah van dipercayai jenis Hiace berwarna putih untuk melarikan mesin ATM itu dalam tempoh lebih kurang 10 minit," katanya.

Yahaya berkata suspek melarikan diri dengan sebuah lagi kenderaan jenis Toyota Hilux dengan nombor pendaftaran palsu.

"Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dua daripada tiga suspek lelaki itu didapati memakai topeng 'ski mask', bertopi 'besbol', menggunakan "overall" berwarna hitam atau merah tertera perkataan "ENEOS" dan bersarung tangan berwarna putih," katanya.

Beliau berkata polis turut menemui 19 cap jari di lokasi kejadian.

"Melalui maklumat awal yang diperoleh daripada saksi awam, kedua-dua kenderaan suspek dipercayai menuju ke arah Tol Putra Heights Lebuhraya Elite, pihak kami sedang meneliti rakaman CCTV tol tersebut," katanya.

Yahaya berkata bank itu mempunyai 16 buah CCTV, namun hanya lima CCTV yang memfokuskan ke arah tempat terdapatnya mesin ATM.

Dalam kejadian pertama pada 4 Mei tahun lalu, sebuah mesin ATM di bank sama turut dilarikan dan kerugian dianggar berjumlah RM200,000.

Dalam kejadian pada pukul 3.30 pagi itu, suspek didakwa telah menyembur kamera litar tertutup (CCTV) dengan cat sebelum melarikan mesin ATM berisi wang.

Mereka Dipercayai melarikan mesin seberat 150 kilogram itu dengan menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV). 

Tags / Kata Kunci: Mesin ATM , Putra Height

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan