Lelaki Ditemui Rentung Dalam Kereta Terbakar

Diterbitkan: Khamis, 3 April 2014 10:33 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Seorang lelaki ditemui rentung dalam sebuah kereta yang terbakar di Batu 4, Jalan Klang-Meru awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Supt Mohamad Shukor Sulong berkata polis mendapat maklumat berhubung kejadian itu setelah dimaklumkan orang awam pada pukul 5.38.

"Kebakaran membabitkan sebuah kereta jenis Proton Wira yang apinya berjaya dipadamkan pasukan bomba dan penyelamat dari Klang hampir setengah jam kemudian," katanya.

Beliau berkata pemeriksaan susulan ke atas kenderaan itu kemudiannya, pihak polis menemui mayat seorang lelaki yang 80 peratus badannya telah terbakar.

Mangsa dipercayai berumur lingkungan 30-an dan mayatnya dihantar ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat.

Mohd Shukor berkata semakan ke atas kereta terbabit mendapati ia didaftar atas nama seorang lelaki yang beralamat di Banting.

"Pemeriksaan mendapati mangsa bukan pemilik sebenar serta tiada sebarang laporan berhubung kehilangan kenderaan tersebut.

"Berikutan itu siasatan terperinci akan dibuat bagi mengenal pasti identiti mangsa serta punca sebenar kebakaran," tambahnya.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.


Tags / Kata Kunci: Klang , Polis , Meru

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan