Polis Buru Lelaki Rogol Adik Kandung OKU

Diterbitkan: Rabu, 2 April 2014 9:35 PM

mahkamah

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Polis sedang mencari seorang lelaki yang dipercayai merogol adik kandungnya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) lembam di rumah ibu bapanya di Felda Keratong 4, Rompin pada 25 Mac lepas. 

Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Johari Jahaya berkata, kejadian berlaku pukul 10 pagi ketika kedua ibu bapa mereka tiada di rumah.

"Abang kandung mangsa telah memaksanya untuk masuk ke bilik sebelum mengikat tangan mangsa pada katil lalu merogolnya.

"Mangsa turut diugut supaya merahsiakan perbuatannya itu, namun pada keesokannya barulah mangsa memaklumkan perkara itu kepada ayahnya selepas abangnya keluar daripada rumah," katanya.

Menurutnya ini merupakan kejadian kedua selepas kali pertama mangsa, 31 dirogol 10 tahun yang lepas.

Mangsa yang telah berkahwin kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Tun Razak, Muadzam Shah pada 28 Mac lepas ditemani kedua ibu bapanya. 

Berikutan itu, polis kini sedang mengesan Mohd Khairi Idris, 38, bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Siasatan awal polis mendapati, suspek seorang penganggur mempunyai rekod jenayah berhubung kes penyalahgunaan dadah.  

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramau yang mengenali suspek supaya menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.

Tags / Kata Kunci: Johari Yahya , Rogol , Polis Daerah Rompin

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan