Anggota Polis Wanita Antara 2 Cedera Dalam Kemalangan

Diterbitkan: Selasa, 1 April 2014 2:30 PM

Kemalangan yang melibatkan tiga buah kereta dan mencederakan dua pemandu wanita termasuk seorang anggota polis di Lebuh Raya Grand Saga dekat Cheras, pagi Isnin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang anggota polis trafik wanita yang masih dalam tugas mengalami kecederaan parah selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Grand Saga, dekat Cheras, pagi Isnin.

Dalam kemalangan pada pukul 9.30 pagi yang melibatkan tiga buah kereta itu, seorang lagi pemandu kereta wanita turut mengalami kecederaan akibat insiden tersebut.

Difahamkan, kemalangan berlaku ketika kereta jenis Proton Savvy yang dipandu anggota polis terbabit berada di lorong tambahan di laluan bertentangan yang dibuka setiap pagi bagi meredakan kesesakan trafik.

"Ketika anggota polis tersebut memandu di laluan tambahan, kenderaannya telah bertembung dengan sebuah Proton Wira yang memasuki arah bertentangan.

"Pada masa sama, sebuah kereta jenis Proton BLM yang berada di laluan tambahan itu telah merempuh belakang kenderaan milik anggota polis berkenaan. Akibatnya kedua-dua pemandu kereta Proton Savvy dan BLM mengalami kecederaan parah," kata jurucakap polis.

Bagaimanapun kedua-dua pemandu terbabit bernasib baik apabila seorang doktor yang melalui lokasi kemalangan membantu memberikan rawatan kecemasan sementara menunggu ketibaan ambulan.

Dr. Noorulainah Jalaludheen yang membantu mangsa kemalangan bertugas di Univerisiti Asia Metropolitan, Cheras.

Tags / Kata Kunci: Garand Saga , Savvy , Wira , Proton

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan