APMM Tawau Tahan 18 Nelayan Warga Asing

Diterbitkan: Isnin, 31 Mac 2014 8:57 PM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)menahan 18 nelayan warga asing bersama sebuah bot pukat kerana dipercayai menangkap ikan secara haram di perairan daerah ini, Ahad.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah, Kapten Maritim Anor Jaafar berkata mereka ditahan pukul 2.30 petang ketika bot mereka berada di timur laut Batuan Tangan di kawasan perairan Tawau.

"Kesemua yang ditahan berusia 16 hingga 52 tahun dipercayai dari Indonesia dan hasil siasatan mendapati bot terbabit didaftarkan dengan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah daerah ini. 

Namun, semakan mendapati kesemua nelayan itu gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah," katanya di sini, Isnin.

Anor berkata pihaknya juga menahan seorang awak-awak yang berusia 24 tahun mengakui warganegara Malaysia selepas mengemukakan kad pengenalan diri untuk pengesahan lanjut. 

Menurutnya, kesemua mereka dibawa ke Jeti Maritim Daerah untuk siasatan lanjut.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan