Ribut Terbangkan Bumbung Rumah Di Kuala Kedah

Diterbitkan: Ahad, 30 Mac 2014 3:30 PM

Mangsa ribut Ismail Md Isa (kanan), 66, menunjukkan bumbung rumahnya yang diterbangkan angin ribut malam semalam kepada Ketua Komuniti Jabatan Perikanan Kawasan Kuala Kedah Sudin Bakar (kiri) di Kampung Alor Ibus, Mukim Tebengau dekat Alor Setar, Ahad. Kejadian 7.50 malam itu merosak bumbung rumahnya dan dianggarkan kerugian hampir RM18 ribu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Para penduduk di Kampung Alor Ibus di Kuala Kedah dekat sini terkejut apabila angin ribut menerbangkan bumbung rumah mereka malam tadi.
Ia melibatkan 10 keluarga yang dilapor mengalami kerugian puluhan ribu ringgit.

Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, mereka lari bertempiaran mencari tempat perlindungan yang lebih selamat.

Kechik Darus, 62, berkata kejadian berlaku secara tiba-tiba menyebabkan dia dan suami serta tiga anaknya hanya mampu melihat bumbung rumah mereka diterbangkan angin.

"Mak cik baru nak mengambil air sembahyang manakala suami dan tiga orang anak mak cik sedang berada di ruang tamu sebelum kami terdengar bunyi bumbung terangkat dan angin kencang.

"Mak cik tak perasan masa bila bumbung rumh mak cik habis diterbangkan ribut. Kami sekeluarga lari menumpang ke rumah jiran yang masih tidak berpenghuni," katanya kepada Bernama Ahad.

Kechik berkata kejadian ribut itu pertama kali berlaku sejak dia tinggal di kampung itu lebih kurang 18 tahun.

Siti Norhanizawati Che Omar, 38, berkata ketika kejadian dia bersama tujuh anggota keluarganya berada di dalam rumah apabila seluruh bumbung rumah mereka diterbngkan angin kuat.

"Kami dengar bunyi angin yang kuat dan sekelip mata sahaja bumbung rumah kami diangkat angin. Kami lari ke rumah jiran kerana bimbang kejadian yang lebih buruk akan berlaku.

"Nasib baik kami ada di rumah kalau tidak kami tidak tahu apa yang akan jadi pada mak saya. Kami pulang ke kampung sempena cuti sekolah dan sepatutnya pulang ke Perak hari ini," katanya yang menganggarkan kerugian kira-kira RM16,000.
Tags / Kata Kunci: ribut , bumbung , terbang , Kuala Kedah

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan