Bas Terbalik, 16 Penumpang Bas Ekspres Nyaris Maut

Diterbitkan: Ahad, 30 Mac 2014 8:45 AM

Bas persiaran terbabas dan terbalik di tepi bahu jalan di km 164 Lebuhraya Utara-Selatan di Nibong Tebal, malam Sabtu. Sembilan belas orang termasuk dua pemandu cedera ringan dalam kemalangan itu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: 16 penumpang bas ekspres nyaris maut selepas bas yang mereka naiki terbalik di Kilometer 164 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara berhampiran Jawi malam Sabtu.

Dalam kejadian pukul 9.44 malam itu, enam penumpang parah manakala lapan orang, termasuk dua pemandu bas, cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintenden Shafien Mamat berkata kemalangan berlaku ketika bas itu, yang dalam perjalanan dari Genting Hingland, Pahang ke Alor Star, Kedah, terbabas selepas sebuah kereta memotongnya dari sebelah kanan.

"Selepas kereta itu memotong bas berkenaan, kenderaan itu masuk semula ke lorong kiri secara tiba-tiba dan pemandu bas gagal mengawalnya lalu melanggar kereta yang dipandu seorang lelaki sebelum terbabas.

"Berikutan kejadian itu, bas berkenaan terbabas hingga masuk ke dalam longkang sebelum terbalik ke kiri jalan, dan nasib baik ia tidak mengenai kereta yang memotong bas berkenaan. Pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi.

Shafien juga berkata enam penumpang yang parah dihantar ke Hospital Seberang Jaya manakala mereka yang cedera ringan dibawa ke Hospital Sungai Bakap.

Beliau berkata polis akan mengambil keterangan pemandu bas berusia 30-an itu dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, jurucakap bomba berkata sebanyak dua jentera dengan kekuatan 16 anggota dikejar ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam bas berkenaan.

"Semua mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat dalam tempoh 15 minit," katanya.

Sementara itu, seorang mangsa Mohd Fikri Azman, 23, berkata ketika kejadian, beliau sedang tidur dan tiba-tiba terdengar dentuman kuat sebelum jatuh tergolek hingga ke bahagian depan bas.

Mohd Fikri, yang bekerja di Genting Hinglands, berkata keadaan menjadi kelam-kabut dan penumpang yang kebanyakan sedang tidur bertindak menjerit serta cuba memecahkan tingkap bas untuk keluar daripada kenderaan itu.

"Kami merangkak keluar melalui cermin yang pecah dan ada beberapa penumpang yang saya nampak dalam keadaan parah," katanya.

Beliau berkata ini merupakan kemalangan pertama yang dialaminya sejak menggunakan perkhidmatan bas ekspres.

Katanya, sebaik berjaya keluar daripada bas itu, beliau turut membantu beberapa penumpang lain.

Mohd Fikri berkata beliau bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.
Tags / Kata Kunci: bas ekspres , Jawi , terbalik

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan