Dua Maut, Dua Parah Kemalangan Tiga Kenderaan Di Setiu

Diterbitkan: Ahad, 23 Mac 2014 3:29 PM

(Ubah saiz teks)

SETIU: Dua maut, dua parah dan seorang cedera ringan dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu kereta, van dan MPV di Km52.9, Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu, berhampiran Kampung Sungai Lerek, di sini malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Setiu DSP Abd Rahman Raja Mohamad berkata dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, pemandu kereta Proton Iswara Che Hassan Deraman, 60, dari Tumpat, Kelantan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya penumpang kereta itu Waehamah Nurisaem, 47, dari Bantak Bai, Narathiwat, Thailand meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Setiu.

Dua yang cedera parah ialah penumpang van Tuan Kamariah Tuan Besar, 54, dan anaknya Nini Nuraini Rosmawadi, 23, manakala seorang lagi anaknya Nurfatini, 17, hanya mengalami kecederaan ringan, katanya ketika dihubungi Bernama Ahad. 

Katanya suami Tuan Kamariah yang memandu van, Rosmawadi Ghazali, 51, merupakan pengajar di Pusat Latihan Perhutanan di Kuala Terengganu, isteri Che Hassan, Che Gayah Kasim dan pemandu MPV Normala Mat Noh dan suami serta dua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Setiu untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera juga dirawat di hospital sama.
Tags / Kata Kunci: kemalangan , maut , cedera , setiu

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan