Tiga Beranak Disamun Lelaki Bersenjata Parang

Diterbitkan: Sabtu, 22 Mac 2014 9:16 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Tiga beranak berdepan dengan detik cemas apabila disamun oleh empat lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian di kedai runcit milik mereka di Kampung Huma, Pekan Awah, Maran malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Maran DSP Sulaiman A Hamid berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu si suami, 58, dan isterinya, 56, bersama seorang anak lelaki mereka berusia 15 tahun turut diugut untuk dicederakan dengan parang sebelum mereka diikat.

"Ketika sedang berada di dalam kedai itu, empat lelaki bersenjatakan parang tiba-tiba meluru masuk dan terus mengacukan senjatan itu ke arah mereka.

"Suspek kemudian bertindak mengikat kaki dan tangan tiga beranak tersebut sebelum menggeledah kedai mangsa," katanya.

Menurutnya antara barang yang dilarikan termasuk barang kemas milik mangsa yang dianggarkan bernilai RM5,000 dan wang tunai RM300.

Kata Sulaiman, polis kini sedang mengesan kesemua suspek terlibat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Tags / Kata Kunci: Polis , Samun , Parang

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan