Polis Akan Bertindak Terhadap Sindiket Ancam Pegawai Kastam

Diterbitkan: Khamis, 20 Mac 2014 10:22 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Polis akan sentiasa bersama anda. Demikian jaminan yang diberi kepada Jabatan Kastam Johor oleh polis negeri ini berikutan taktik mengancam dan menakut-nakutkan yang digunakan terhadap pegawai peringkat rendah kastam oleh sindiket penyeludupan.

Taktik itu digunakan berikutan langkah Jabatan Kastam memperketatkan pemeriksaan keselamatan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Tambak Johor dan Linkedua di sini sejak Januari tahun ini.

Sebuah akhbar melaporkan pada Isnin bahawa sebuah lori yang sarat dengan muatan bir diarah berhenti di pusat pemeriksaan Linkedua pada kira-kira pukul 2 pagi dalam pemeriksaan rutin oleh pegawai kastam.

Bagaimanapun, pemandu lori itu merempuh gantri sekatan dan para pegawai kastam bertindak mengejar kenderaan itu.

Ketika itu, 'tonto' yang menaiki beberapa kenderaan memintas kereta kastam untuk membolehkan lori berkenaan meloloskan diri.

Kira-kira pada pukul 2.20 petang hari berikutnya, tiga beg plastik berisi cat merah dilempar ke rumah seorang pegawai kastam di Taman Pelangi, yang dipercayai suatu taktik untuk menakut-nakutkan pegawai berkenaan.

"Kami percaya ini merupakan ancaman daripada sindiket penyeludupan untuk menakut-nakutkan pegawai kastam yang membuat pemeriksaan terhadap lori di bahagian import.

"Sehubungan itu, kami menubuhkan satu pasukan khas untuk menjalankan penyiasatan menyeluruh tentang kes ini untuk menjejaki mereka yang berkenaan.

"Beberapa laporan telah dibuat mengenai ancaman terhadap pegawai kastam sejak Januari tahun ini," kata Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff pada sidang akhbar di sini Khamis.

Ketika memberi satu contoh lagi, beliau berkata seorang lelaki menyamar sebagai anggota kerabat diraja Johor untuk mengelak pemeriksaan kastam.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan