Mayat Pekerja Ladang Ditemui Terapung Di Sungai - Berita Jenayah | mStar

Mayat Pekerja Ladang Ditemui Terapung Di Sungai

Diterbitkan: Rabu, 19 Mac 2014 6:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Mayat pekerja ladang Felda Plantation Chini 3 di sini, yang dikhuatiri lemas semasa mandi di Sungai Pahang dalam kawasan ladang berkenaan petang Isnin lepas, ditemui pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata mayat mangsa warga Indonsia itu yang dikenali sebagai Zaenudin, 28, ditemui pasukan penyelamat pada kira-kira 10.30 pagi.

"Mayat mangsa dijumpai di bawah longgokan kayu di kawasan Sungai Kuala Mentiga kira-kira 14 kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat.

Isnin lepas, Zaenudin yang berasal dari Lombok, dipercayai lemas semasa mandi bersama dua rakannya di Sungai Pahang pada kira-kira 5 petang.


Tags / Kata Kunci: Polis , Sungai Kuala Mentiga
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan