KEMASKINI: Enam Mati Ambil Dadah Berlebihan Di Festival Muzik

Diterbitkan: Sabtu, 15 Mac 2014 5:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menasihatkan penganjur Future Music Festival Asia 2014 supaya membatalkan acara pada Sabtu selepas enam orang meninggal dunia dengan empat lagi berada dalam keadaan kritikal kerana mengambil dadah jenis 'methamphetamine' secara berlebihan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, pada Jumaat sembilan orang pengsan pada acara itu selepas mengambil dadah kira-kira pukul 1.30 pagi.

Seorang meninggal dunia di tempat kejadian di Bukit Jalil manakala seorang lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Tiga yang lain meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). 

Kelima-limanya merupakan rakyat Malaysia berumur di antara 21 dan 28 tahun.

Empat orang lagi yang mana dua daripada mereka sedang koma, berada dalam keadaan kritikal di kedua-dua hospital kata Mohmad Salleh.

"Kesemua mereka didapati positi dadah dan kematian telah dikelaskan sebagai pengambilan dadah berlebihan.

"Sepanjang dua hari kami telah menahan 22 orang, tiga warga asing dan tujuh penduduk tempatan berkaitan dadah.

"Bagi kepentingan keselamatan awam , kami telah menasihatkan penganjur membatalkan acara pada Sabtu. Mereka yang membeli tiket perlu menghubungi pihak penganjur untuk bayaran balik," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan