Jenayah Indeks Libatkan Pelajar Meningkat 63 Peratus

Diterbitkan: Khamis, 13 Mac 2014 7:58 PM

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye

(Ubah saiz teks)

JASIN: Jenayah indeks melibatkan pelajar sekolah di Melaka meningkat 63 peratus tahun lepas dengan 103 kes dilaporkan berbanding 63 kes pada 2012.

Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata ia meliputi kes jenayah seksual, curi motosikal, harta benda dan merusuh, kesemuanya melibatkan pelajar lelaki berusia antara 16 hingga 18 tahun.

"Kes jenayah seksual atau rogol melibatkan pelajar dilaporkan meningkat hampir sekali ganda dengan 42 peratus pada 2013 berbanding 23.6 peratus pada tahun sebelumnya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah sempena Pertandingan Kawad Kor Kadet Piala Ketua Polis Melaka 2014 (Platun Perempuan) pada Khamis.

Beliau berkata bagi bulan pertama tahun ini sahaja, sebanyak 10 tangkapan melibatkan pelajar sekolah dilakukan membabitkan dua kes rogol, satu kes samun dan tujuh jenayah curi.

Justeru katanya pihak sekolah dan ibu bapa perlu memainkan peranan lebih proaktif dalam memantau dan mendidik golongan remaja agar tidak terlibat dalam aktiviti jenayah.

Dalam pada itu, Chuah berkata anggota Kor Kadet Polis dan anggota Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah di negeri itu disaran turut memainkan peranan bagi membantu menangani aktiviti jenayah di sekolah. 

Terdahulu, beliau menyampaikan Piala Ketua Polis Melaka kepada Kawad Kor Kadet Platun Perempuan yang dimenangi Sekolah Menengah Agama AL-Asyraf, Alor Gajah. 

Sebanyak 840 pelajar perempuan dari 24 sekolah di seluruh Melaka bertanding dalam pertandingan kawad kaki berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Ketua Polis Melaka , Indeks Jenayah

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan