UPP Rampas kenderaan, Petrol Dan Pakaian Berjenama Tiruan Bernilai RM1.06 Juta

Diterbitkan: Rabu, 12 Mac 2014 11:16 PM

Komander Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kawasan Padang Besar, ASP Bahari Ahmad menunjukkan seluar berjenama tiruan yang dirampas selepas sidang media di Kem UPP Padang Besar dekat Padang Besar, Rabu.

(Ubah saiz teks)

PADANG BESAR: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Padang Besar merampas 18 kenderaan pelbagai jenis bersama-sama minyak petrol dipercayai akan diseludup ke negara jiran, pakaian berjenama tiruan dan daun ketum, yang keseluruhannya bernilai RM1.06 juta.

Komander UPP Padang Besar ASP Bahari Ahmad berkata rampasan itu dibuat dalam dua operasi pada 10 dan 11 Mac lepas sekitar Kampung Wang Kelian dan Kampung Sena, Titi Tinggi dekat sini.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di sini pada Rabu, beliau berkata pemeriksaan di sekitar kawasan semak dan aked niaga Wang Kelian pukul 6.30 pagi semalam membawa kepada penemuan kenderaan yang mempunyai tangki minyak tambahan di bahagian bawah dan bonet.

Beliau berkata minyak petrol yang dirampas diserah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Dalam operasi sama, UPP menahan seorang lelaki tempatan berumur tiga puluhan dan menjumpai sebanyak 19.6 kilogram daun ketum dalam kenderaan dinaiki suspek dipercayai akan diseludup ke negara jiran.

Dalam perkembangan berkaitan, UPP menahan seorang lelaki tempatan berumur 24 tahun di sebatang jalan kampung di Kampung Sena selepas menjumpai sejumlah 141 pakaian pelbagai jenama tiruan dipercayai untuk dijual di sebuah pasar malam di Kulim.
Tags / Kata Kunci: upp , seludup , padang besar , ASP Bahari Ahmad

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan