Penguatkuasa JPJ Alor Setar Cedera Ditumbuk Pemandu Kereta

Diterbitkan: Rabu, 12 Mac 2014 9:52 PM

Pembantu Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Alor Setar, Asrul Hadi Zainon menunjukkan laporan Polis yang dibuat selepas cedera akibat ditumbuk oleh seorang pemandu kereta yang merempuh sekatan jalan raya ketika ditemui di Ibu Pejabat JPJ Kedah di Alor Setar, Rabu.-fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang pembantu penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cedera di mulut selepas ditumbuk seorang pemandu kereta di Kilometer 1 Jalan Stadium di sini.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, Asrul Hadi Zainon, 34, yang mengetuai sekatan jalan raya ditumbuk lelaki berusia 31 tahun selepas merempuh sekatan berkenaan.

Ketua Penguatkuasa JPJ Kedah Fatimah Saad berkata ketika itu, sejumlah 11 anggota jabatan berkenaan menjalankan sekatan jalan raya dan sebuah kereta jenis Proton Wira, yang menunggu giliran untuk diperiksa, dikatakan membelok ke kiri jalan dan melanggar sebuah 'kon'.

Beliau berkata kereta itu, yang tidak memiliki cukai jalan, hampir merempuh seorang anggota lain sebelum berhenti dalam jarak 100 meter di depan.

"Lelaki berusia 31 tahun itu keluar dari keretanya meluru ke arah Asrul Hadi dan terus menumbuk muka Asrul sehingga mangsa mengalami cedera pada bahagian bibir sebelah kanan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat JPJ Kedah Rabu.

Fatimah berkata anggota itu tidak melawan sebaliknya mempertahankan diri sebelum dibantu yang lain bagi meleraikan kekecohan berkenaan. 
Suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Balai Polis untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata pemeriksaan pada kereta itu mendapati cukai jalannya tamat tempoh pada November tahun lepas dan kenderaan berkenaan disita JPJ.

Fatimah berkata pihaknya akan mengeluarkan saman terhadap pemilik kenderaan itu mengikut Seksyen 23(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 90(1) akta sama kerana tidak mempunyai cukai jalan.

Beliau menasihati pengguna yang terlibat dalam sekatan jalan raya agar tidak melakukan sebarang perbuatan jenayah seperti merempuh sekatan dan bertindak kasar terhadap anggota bertugas.

Katanya, pengguna perlu mengikut peraturan yang ditetapkan saman hanya dikeluarkan bagi mereka yang melanggarnya seperti tidak mempunyai lesen dan cukai jalan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan mengesahkan kejadian berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan terhadap penjawat awam.
Tags / Kata Kunci: jpj , tumbuk , Asrul Hadi Zainon

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan