Warga Emas Maut Selepas Bergaduh

Diterbitkan: Selasa, 11 Mac 2014 11:33 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang lelaki warga emas maut hari ini akibat cedera parah di kepala selepas dilapor terlibat dalam pergaduhan di Taman Bukit Jambul di sini pada Isnin. 

S.Savalingam, 63, yang dikatakan Pengerusi Persatuan Penduduk taman berkenaan mati pada pukul 10 pagi, selepas dirawat kira-kira 15 jam di Hospital Pulau Pinang. 

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata sehubungan itu polis menahan seorang ahli perniagaan berusia dalam lingkungan 40-an bagi membantu siasatan berhubung kes itu. 

"Ahli perniagaan itu dikatakan bertemu dengan warga emas itu berhampiran sebuah kedai dobi di taman berkenaan untuk membincangkan masalah penduduk di situ.

"Ketika perbincangan berlaku ketegangan antara dua lelaki terbabit dan mereka juga tolak menolak antara satu sama lain sebelum kaki warga emas itu tersadung lalu jatuh," katanya pada sidang akhbar di sini Selasa.

"Ahli perniagaan itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan," katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Abdul Rahim berkata mayat seorang lelaki yang berseluar pendek kelabu dan berbaju t-shirt putih ditemui terapung berhampiran Pulau Jerjak, di sini pada pukul 12.30 tengah hari ini. 

Tiada dokumen pengenalan diri ditemui bersama lelaki itu dan mayatnya dihantar ke HPP untuk bedah siasat.

Beliau meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membuat pengecaman mayat.
Tags / Kata Kunci: warga emas , bergaduh

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan