Polis sabah Berkas 29 Suspek Kes Curi Kenderaan, Pecah Rumah

Diterbitkan: Selasa, 11 Mac 2014 8:10 PM

Datuk Hamza Taib (kanan) ditemani Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun (tengah) dan Timbalan Ketua Polis Daerah Supt M.Chandra memeriksa motosikal-motosikal yang disita pada sidang media di Kota Kinabalu, Selasa. -foto NORMIMIE DIUN/The Star

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis Sabah menyelesaikan beberapa kes curi kenderaan dan pecah rumah berikutan penahanan 29 individu termasuk dua wanita dari empat kumpulan berlainan bagi tempoh dua bulan Ops Lejang dan Ops Pintu, sejak awal Januari lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata suspek berusia antara 16 dan 53 tahun itu termasuk sembilan positif dadah ditahan di sekitar Kota Kinabalu dari 8 Jan hingga 3 Mac lepas.

"Bagi kes curi kenderaan yang melibatkan kumpulan Wei Chai, polis menangkap sebanyak 12 orang suspek yang berumur antara 22 hingga 53 tahun melibatkan jumlah rampasan sebanyak RM319,000," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Kota Kinabalu, Karamunsing di sini, Selasa.

Hamza berkata sembilan suspek lelaki dari kumpulan Wei Chai itu didapati positif dadah dan telah dituduh di mahkamah.

Beliau berkata 11 suspek dari Geng Kampung Sinulihan termasuk sembilan warga Indonesia dan seorang wanita berumur antara 19 tahun hingga 48 tahun ditahan atas kesalahan mencuri motosikal melibatkan rampasan kira-kira RM45,000.

Katanya, polis juga menangkap dua suspek dari Geng Ah Kit yang berumur 18 tahun termasuk seorang wanita terlibat dalam kes samun dan pecah rumah pada awal Mac lalu di sebuah apartment di sini.

Menurutnya, polis menangkap empat lelaki dari Geng Ading yang berumur antara 16 hingga 26 tahun terlibat dalam kes pecah rumah dan samun pada Februari lalu di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sembulan Lama, di sini.

Beliau berkata rentetan itu, polis menemui sebahagian barangan yang dicuri termasuk beberapa buah kereta Perodua dan Proton serta motosikal pelbagai jenama Yamaha, Honda dan Suzuki.

Menurutnya, barangan yang dipercayai hasil curi yang dirampas itu bernilai kira-kira RM434,000.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan serta Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana samun dan pecah rumah serta Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Tags / Kata Kunci: ceri kenderaan , pecah rumah , sabah

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan