Empat Kawasan Hutan Di P.Pinang Terbakar

Diterbitkan: Selasa, 11 Mac 2014 11:39 PM

Pasukan Bomba dan Penyelamat menggunakan bantuan pesawat Bombardier milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk memadam kebakaran hutan di Bukit Bendera, Pulau Pinang, baru-baru ini. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Hutan di empat bukit di bahagian pulau, di sini terbakar berikutan cuaca panas yang melanda Pulau Pinang ketika ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Azmi Tamat berkata kawasan paling teruk terjejas ialah Bukit Gambir iaitu meliputi tiga kawasan hutan dengan keluasan lebih tujuh hektar.

"Dua kawasan hutan terlibat iaitu di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jambul dan kampus Universiti Sains Malaysia (USM) yang terbakar sejak Ahad masih dalam usaha pemadaman.

"Anggota kami juga sedang berusaha untuk memadamkan kebakaran di satu lagi kawasan di Bukit Gambir yang baru dilaporkan terbakar iaitu kira-kira pukul 4 petang ini. Setakat ini 40 anggota terlibat dalam operasi memadam api di tiga lokasi di bukit berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Selasa.

Beliau berkata tiga lagi kawasan hutan yang terbakar hari ini ialah di belakang stesen minyak Petronas di Bukit Jambul yang terletak bersebelahan Bukit Gambir; dua hektar hutan di bukit belakang Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas; dan Bukit Sungai Rusa melibatkan kawasan seluas 1.6 hektar.

"Anggota bomba terpaksa membawa bekalan air dari bawah untuk memadam kebakaran di semua lokasi berkenaan berikutan tiada bekalan air di empat bukit itu," katanya.

Sementara itu, Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Omar Osman meminta penuntut universiti itu yang tinggal berhampiran Taman Rekreasi USM yang terbakar sejak Ahad lepas agar memakai topeng muka bagi mengelak daripada terdedah kepada asap.

Beliau berkata sebanyak 2,500 topeng muka telah diedar kepada penuntut yang tinggal berdekatan dengan taman berkenaan dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan diminta segera mendapatkan rawatan.

"Pasukan bomba masih berada di lokasi kejadian sebagai langkah berjaga-jaga kerana kawasan itu telah terbakar beberapa kali semalam dan keadaan itu berlanjutan sehingga ke awal pagi ini.

"Kami turut menempatkan pengawal keselamatan di bangunan tinggi untuk memantau keadaan dan asap tebal dapat dilihat dari jarak satu kilometer dari dalam kampus," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Wanita 2014 peringkat USM di sini Selasa.

Omar berkata taman berkeluasan 80 hektar itu turut mempunyai kebun buah-buahan dan setakat ini hanya 1.2 hektar kawasan terjejas ekoran kebakaran.
Tags / Kata Kunci: kebakaran hutan , pulau pinang

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan