Seorang Ditahan Berhubung Kes Bunuh Pelajar Afrika

Diterbitkan: Jumaat, 7 Mac 2014 6:01 PM

Anggota polis mengangkat mayat seorang warga Afrika dipercayai pelajar sebuah kolej swasta yang ditemui dengan kesan tembakan di kepala di kawasan parkir di sebuah apartmen di Mantin, petang Khamis.

(Ubah saiz teks)

NILAI: Seorang lelaki tempatan ditahan untuk disiasat berhubung kes pembunuhan seorang pelajar Afrika di Mantin pada Khamis.

Suspek berumur 24 tahun.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Abdullah Roning berkata pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sejauh mana penglibatan suspek dalam kes tersebut.

"Pihak polis juga akan memanggil beberapa orang saksi termasuk rakan mangsa. Kita akan menjalankan siasatan dalam segenap sudut," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Mangsa yang berumur 26 tahun merupakan pelajar sebuah kolej swasta di Cheras, Kuala Lumpur tetapi tinggal di sini.

Abdullah berkata laporan bedah siasat mendapati kesan luka pada kepala mangsa adalah akibat terkena tembakan.

Mayat mangsa ditemui di bawah pokok di kawasan tempat letak kenderaan di sebuah apartmen kira-kira 5.30 petang Khamis.- BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Pelajar Afrika , Mantin , Tembakan di kepala

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan