Polis Pulau Pinang Ambil Keterangan Dr Afif

Diterbitkan: Jumaat, 7 Mac 2014 5:58 PM

Dr Afif Bahardin.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis telah mengambil keterangan daripada anggota exco kerajaan negeri Pulau Pinang Dr Afif Bahardin berhubung kenyataannya melalui akaun Twitter miliknya pada 4 Mac lepas yang didakwa menghina pasukan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata pegawai penyiasat kes itu telah merakam keterangan Dr Afif di pejabatnya di Komtar kira-kira 10 pagi Jumaat.

"Selain merakamkan keterangan Dr Afif, polis turut mengambil telefon bimbit milik beliau yang dipercayai digunakan untuk memuat naik status berkenaan bagi menjalankan siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Jumaat.

Beliau berkata setakat ini, pihaknya telah menerima tiga laporan polis dan turut merakam keterangan daripada tiga orang berhubung kenyataan Dr Afif menerusi Twitternya itu.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, katanya.

Dr Afif yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri dan anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya dalam tweetnya menyatakan: "Penjenayah bunuh polis itu tidak menghairankan, tetapi bila polis yang sepatutnya menegakkan undang-undang membunuh tahanan, itu masalah." - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan