Rempuh Pasangan Kekasih, Anggota Polis Dikepung

Diterbitkan: Khamis, 27 Februari 2014 10:16 AM

Kereta peronda polis yang membawa seorang anggotanya dikepung selepas anggota keselamatan itu merempuh sepasang penunggang motosikal sehingga mati di Sungai Petani pada Rabu

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Sekumpulan penunggang motosikal menyerang anggota polis di luar tugasan selepas kereta yang dipandu anggota keselamatan itu merempuh sepasang kekasih sehingga mati di Jalan Badlishah di sini awal pagi Rabu.

Dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, mangsa yang maut merupakan pembantu kedai telefon bimbit, Norfaezah Budiman, 21, dan penunggang motosikal yang juga kekasihnya, Azwan Shah Ishak.

Difahamkan, dalam kemalangan itu Norfaezah maut di tempat kejadian manakala Azwan meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim selepas mengalami kecederaan parah.

Berikutan kemalangan negeri itu, seramai lebih 100 kumpulan penunggang motosikal telah mengepung anggota polis terbabit yang berusia 30-an.

Bagaimanapun anggota keselamatan itu berjaya diselamatkan daripada menjadi mangsa amukan oleh anggota polis trafik yang tiba di lokasi kemalangan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, Azwan dipercayai menunggang motosikal dengan sekumpulan empat penunggang motosikal lain.

Tambahnya, ketika itu seorang anggota polis yang sedang memandu di belakang kumpulan itu telah merempuh motosikal Azwan sehingga menyebabkan pasangan itu maut.

"Kami telah menerima laporan kejadian daripada anggota polis terbabit," katanya.

Kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987  kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan