Bapa Lihat Anak Keluar Dari Kereta Remuk

Diterbitkan: Khamis, 27 Februari 2014 4:54 PM

Keadaan kereta yang dinaiki mangsa selepas terlibat dalam kemalangan dengan lori di Gua Tempurung awal pagi Khamis.

(Ubah saiz teks)

KAMPAR: Seorang bapa kepada seorang daripada empat pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman yang maut dalam nahas berdekatan Gua Tempurung di sini pagi Khamis berkata beliau melihat sendiri mayat anak dan rakan-rakan anaknya dikeluarkan dari kereta mereka yang remuk akibat nahas itu.

"Saya antara orang pertama yang dapat melihat pasukan bomba sedang berusaha mengeluarkan kesemua mayat termasuk mayat anak saya," kata Koh Sum Keong, 54, bapa kepada Koh Suet Mun, 20.

"Saya kemudiannya bergegas pula ke Hospital Kampar selepas kesemua mayat di bawa ke situ," katanya di hospital.

Koh yang tinggal di Lahat berkata beliau telah menerima panggilan daripada seorang rakan anaknya yang memberitahu sesuatu telah berlaku kepada anaknya dan memintanya pergi ke tampat kejadian tanpa memberitahu hal sebenar.

Sebelum kejadian, isterinya memberitahu anaknya berada di Ipoh untuk meraikan majlis hari jadi rakannya, katanya.

Sementara itu kakak kepada Thomas Loh H'ng Tet, 20, yang hanya mahu dikenali sebagai Angel berkata, adiknya sebelum itu menghubunginya bagi meminjam kereta untuk ke Ipoh bagi meraikan hari jadi rakannya.

"Saya tidak tahu adik saya di mana selepas majlis itu sehingga saya diberitahu dia terlibat dalam kemalangan pagi ini," katanya yang juga berasal dari Lahat.

Kempat-empat pelajar terbabit terbunuh apabila kereta Perodua Viva yang dipandu Thomas dilapor merempuh sebuah lori dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan