Dua Beradik Mati Dikelar Rapat Dengan Pembantu Rumah - Bapa Mangsa

Diterbitkan: Rabu, 26 Februari 2014 9:57 PM

Ibu kepada mangsa kanak-kanak yang dikelar oleh pembantu rumah (dua, kanan) bersama ahli keluarganya ketika tiba di perkarangan unit forensik Hospital Sungai Buloh, Rabu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bapa kepada dua beradik yang menjadi mangsa kelar di Taman Sri Putra, Sungai Buloh masih terkejut dengan kejadian itu kerana tidak menyangka pembantu rumah itu sanggup berbuat demikian sedangkan dia amat rapat dengan kedua-dua anaknya. 

Selvan Joseph, 44, berkata sehingga kini dia hairan dan terkejut dengan tindakan Agnes, 30, seorang warga Indonesia, kerana dia amat disenangi anggota keluarga isterinya. 

Beliau yang tinggal berasingan dengan isterinya sejak setahun lalu berkata sehari sebelum kejadian, kedua-dua anaknya sempat keluar bersama ibu mereka, pembantu rumah itu dan ahli keluarga yang lain dan tiada tanda-tanda perselisihan faham tercetus antara mereka. 

Pembantu rumah itu tinggal bersama keluarga isterinya lebih setahun yang lalu dan pandai bertutur bahasa Mandarin, katanya kepada pemberita di ruang menunggu Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh. 

Sementara itu, jiran sebelah rumah mangsa, S. Sivakumar, 34, berkata beliau terkejut dengan kejadian itu kerana ibu kedua-dua beradik itu pernah memberitahunya bahawa dia mempunyai pembantu rumah yang baik. 

"Tetapi bila jadi macam ini, saya sendiri tidak sangka dan terperanjat," katanya. 

Beliau berkata sepanjang berjiran dengan ibu mangsa sejak dua tahun lepas, dia ada melihat pembantu rumah berkenaan menjalankan kerja-kerja membersihkan rumah dan menyiram pokok bunga setiap pagi namun tidak pernah bertegur. 

Sementara itu, seorang bekas jirannya yang enggan namanya dikenali berkata keluarga mangsa terbabit amat baik dan ramah dengan jiran-jiran selepas mengenali mereka sejak lima tahun lalu. 

Sementara itu, Kaunselor Perhubungan Kedutaan Besar Indonesia di sini, Dino Nurwahyudin berkata pihaknya menyerahkan perkara itu disiasat sepenuhnya oleh polis. 

"Harus ada siasatan kenapa hal ini bisa terjadi bagi mencegah kejadian ini berlaku di masa depan. 

"Tambahan, ini juga adalah satu musibah yang tidak diduga berlaku, katanya yang turut ditemui pemberita di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh. 

Semalam, dua kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan dan lima tahun mati dikelar oleh pembantu rumah mereka sebelum dia membunuh diri.

Tags / Kata Kunci: kelar , amah , dua beradik

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan