Polis Tembak Mati Tiga Lelaki Terlibat 15 Kes Samun

Diterbitkan: Ahad, 23 Februari 2014 6:04 PM

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak Datuk Dzuraidi Ibrahim (dua, kiri) menunjukkan sebahagian daripada barangan yang berjaya dirampas selepas pihak polis berjaya menembak mati tiga penjenayah dalam kejadian tembak menembak dengan kumpulan penjenayah di Kampung Buruk Bakul di Jalan Beruas-Parit, awal pagi tadi pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, Ahad. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SERI MANJUNG: Polis menembak mati tiga lelaki, dipercayai warga asing, selepas mereka merompak seutas rantai emas daripada sepasang suami isteri warga emas di sebuah rumah di Kampung Serapuh, Parit awal pagi Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata dalam kejadian 4 pagi itu suspek bertindak menakut-nakutkan mangsa dengan meletak pisau di leher isteri dan memukul si suami menggunakan pemotong besi sebelum melarikan seutas rantai emas milik mangsa.

Beliau berkata bertindak atas maklumat, Pasukan Op Cantas Khas Perak terserempak dengan kereta jenis Proton Waja yang dinaiki ketiga-tiga suspek dalam keadaan mencurigakan di Kampung Buruk Bakul, Jalan Beruas-Parit iaitu empat kilometer dari rumah mangsa.

"Ketika pasukan polis cuba memintas kenderaan itu, seorang daripada penumpangnya melepaskan dua das tembakan dan mengenai cermin sisi sebelah kiri belakang kereta pasukan polis," katanya kepada para pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di sini, Ahad.

Beliau berkata kereta yang dinaiki penjenayah itu kemudian terbabas di bahu jalan selepas dihimpit kenderaan pasukan polis yang mengejar mereka dan dua lelaki bersenjata parang keluar serta cuba menyerang menyebabkan polis melepaskan tembakan terhadap mereka untuk mempertahankan diri.

Mohd Dzuraidi berkata ketiga-tiga penjenayah yang berumur 20 hingga 30 tahun itu mati di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Manjung untuk bedah siasat.

Beliau berkata hasil pemeriksaan di dalam kereta curi yang digunakan suspek, polis menemui peralatan pecah masuk rumah, seutas rantai emas, sepucuk pistol serta empat peluru hidup.

Polis masih belum memperoleh maklumat lengkap mengenai identiti kesemua penjenayah dan akan merujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk menjalankan siasatan dengan lebih terperinci, katanya.

Mohd Dzuraidi berkata suspek yang bergerak aktif melakukan 15 jenayah samun di sekitar Manjung, Perak Tengah dan Teluk Intan sejak tahun lepas itu adalah sangat ganas kerana melakukan samun dengan meletakkan senjata ke leher mangsa dan akan melakukan kekerasan sekiranya mangsa melawan.

"Suspek melakukan samun sekitar jam satu hingga lima pagi," katanya sambil menambah polis tidak menolak kemungkinan ketiga-tiga susepk adalah warga asing berdasarkan kepada loghat mereka.

Polis juga akan memanggil mangsa ke balai polis untuk mengecam pelbagai barangan kes yang disamun suspek, katanya.

Dalam kes berasingan, Mohd Dzuraidi berkata polis menahan dua lelaki masing-masing berumur 27 tahun dan pelajar Tingkatan Lima berusia 17 tahun disyaki terlibat dalam kes curi motosikal di sekitar Kampung Gajah di sini sejak tahun lepas.

Katanya dalam Op Lejang pada pukul 5 petang semalam, polis merampas tiga enjin motosikal, empat kerangka motosikal serta komponen-komponen motosikal yang dileraikan.

"Kesemua enjin motosikal itu bersangkut dengan tiga laporan kes kehilangan motosikal di rumah dan masjid di Kampung Gajah," katanya.

Beliau berkata pelajar Tingkatan Lima itu akan bertindak mencuri motosikal dan meleraikan komponennya di kawasan berhampiran rumah suspek pertama.

Tags / Kata Kunci: Polis , Samun , Warga Asing

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan