Wartawan Bernama Meninggal Dunia

Diterbitkan: Selasa, 18 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Allahyarhamah Rosyatimah
Allahyarhamah Rosyatimah

KUALA LUMPUR: Wartawan Bernama, Rosyatimah Tukimin, 53, meninggal dunia awal pagi Selasa setelah lama menghidap kanser.

Beliau menghebuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya pada pukul 1.35 pagi semasa beliau dirawat kerana mengalami pneumonia.

Allahyarham akan dikebumikan di Perkuburan Islam Taman Raidhaul Jannah, Kampung Sungai Limau Manis, Sungai Merab, Kajang pada pukul 10.30 pagi Selasa.

Beliau meninggalkan suami Muhammad Husni Mohd Jazri, 54, dan dua anak lelaki Muhammad Ikhsan, 23, dan Muhammad Ikhwan, 18.

Selepas beliau menamatkan pengajian dalam bidang komunikasi massa di Institut Teknologi Mara ketika itu, Rosyatimah menyertai akhbar The Star sebagai pemberita rencana pada 1985 dan menyertai Bernama pada 2002 dan bertugas sebagai editor penyunting di Meja Antarabangsa.

Timbalan Ketua Pengarang Meja Antarabangsa Bernama, Ahmad Zukiman Zain menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang berdedikasi dan rakan yang sentiasa bekerja kuat serta menyayangi kerja dan keluarganya.

Penolong Editor Meja Ekonomi Bernama, Massita Ahmad dalam ucapan takziahnya berkata: "Rosyatimah adalah seorang pejuang yang senyuman dan semangat berjuangnya akan sentiasa dirindui". BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan