Warga Emas Maut Dipercayai Mangsa Langgar Lari

Diterbitkan: Selasa, 18 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Seorang penunggang motosikal warga emas maut dipercayai akibat kejadian langgar lari di Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil, berhampiran Pejabat Penerangan Daerah Kuala Muda dekat sini Isnin.

Rashid Awang, 75, dari Kampung Simpor, Kota Kuala Muda meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kaki dan badan dalam nahas 1.25 petang.

Anaknya, Mohammad, 40, berkata dia dimaklumkan oleh beberapa saksi bahawa bapanya dilanggar oleh sebuah kereta jenis Perodua Kancil dan terseret sejauh beberapa meter.

Kenderaan itu kemudian meninggalkan tempat kejadian, katanya kepada pemberita di lokasi kemalangan.

Menurut Mohammad bapanya dalam perjalanan pulang ke rumah ketika kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Khalil Ariffin ketika dihubungi mengesahkan kejadian. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan