Enam Cedera, Bas Ekspres Terbalik Di Sabah

Diterbitkan: Selasa, 18 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Sebuah bas ekspres yang membawa 49 penumpang terbalik di jalan Membakut-Papar dekat Kelab Golf Borneo menyebabkan kesesakan lalu lintas di sepanjang jalan.

Enam daripada 49 penumpang dilaporkan cedera dalam kejadian pada pukul 6 petang Isnin.

Bas itu dipercayai hilang kawalan ketika melalui satu selekoh.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superitendan George Rakman berkata, pihaknya masih menyiasat punca kejadian.

Keadaan lalu lintas kembali lancar pada kira-kira pukul 7.15 malam apabila polis trafik tiba untuk mengawal keadaan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan