40,000 Anggota Polis Kawal PRK Kajang

Diterbitkan: Selasa, 18 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohd Shukri
Mohd Shukri

PETALING JAYA: Seramai 40,000 anggota polis ditugaskan mwengawal keselamatan di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada hari pembungan undi iaitu pada 23 Mac depan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, berikutan itu, penduduk setempat dinasihatkan tidak panik apabila melihat kehadiran anggota polis yang ramai termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

"Ia hanya prosedur operasi standard (SOP) polis dan apa yang kita lakukan untuk membuatkan masyarakat berasa selamat," katanya.

Beliau selain itu turut menasihatkan orang ramai, ahli politik dan penyokong parti supaya tidak menimbulkan sebarang suasana tegang atau cuba menjejaskan keselamatan.

"Tidak kisahlah apa parti yang kamu tandingi, yang penting ahli politik tidak memainkan isu sensitif yang melibatkan agama dan bangsa.

"Jika ada yang cuba mewujudkan provokasi melibatkan agama dan bangsa, polis tidak akan berfikir panjang untuk mengambil tindakan tegas," jelasnya.

Tambahnya, setakat ini polis telah membuka kertas siasatan bagi pilihan raya kecil (PRK) Kajang selepas menerima 10 laporan mengenai ceramah tanpa permit.

Dalam perkembangan lain, Mohd Shukri menambah, pihaknya telah mengenalpasti wanita yang didakwa menghina Sultan Selangor melalui laman sosial Facebook.

"Polis akan mula merakam keterangan wanita itu secepat mungkin kerana ketika ini dia telah dimasukan ke Hospital Kajang kerana masalah kesihatan," katanya.

Wanita itu ditahan selepas 12 pihak membuat laporan polis mengenai tindakannya yang menghina Sultan Selangor baru-baru ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan