Kenderaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N.Sembilan Dirosakkan

Diterbitkan: Isnin, 17 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Sekumpulan lelaki bertindak merosakkan kenderaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan pegawainya dalam satu kejadian di pejabat bahagian penguat kuasanya di sini awal hari Ahad.

Menurut Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS Ahmad Zaki Hamzah, insiden berlaku sejurus selepas pihaknya mengadakan serbuan di beberapa premis yang menjalankan aktiviti tidak bermoral di Tampin, malam Sabtu.

"Saya percaya perbuatan ini ada kaitan dengan serbuan tersebut," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Menurutnya kumpulan lelaki itu bukan sahaja mengelar tayar kenderaan pacuan empat roda milik JHEAINS tetapi juga mencalarkan kereta milik beberapa pegawai penguat kuasa yang diletak di sekitar pejabat.

"Mereka juga telah datang bertemu dengan beberapa anggota penguat kuasa kami meluahkan rasa tidak puas hati dengan operasi di Tampin tersebut," katanya.

Ahmad Zaki berkata tidak cukup dengan itu, kumpulan lelaki berkenaan menunggu pegawai penguat kuasa yang terlibat dalam operasi balik ke pejabat dan memaki hamun mereka.

Ini kali pertama kejadian sebegini berlaku dan kami sudah membuat laporan polis, katanya.

Mengenai operasi di Tampin itu, Ahmad Zaki berkata pihaknya menahan tiga pasangan yang disyaki berkhalwat ketika pemeriksaan terhadap beberapa premis.

Katanya operasi enam jam dari pukul 10 malam itu melibatkan 20 pegawai penguat kuasa JHEAINS. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan