Kanak-Kanak Perempuan Dua Tahun Rentung Dalam Kebakaran

Diterbitkan: Isnin, 17 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun rentung selepas terperangkap dalam kebakaran di rumahnya di Jalan Rozhan di sini.

Kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 10.58 pagi Isnin, memusnahkan rumah dua tingkat berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam, Wan Roslan Wan Yahya berkata kanak-kanak perempuan itu terperangkap di sebuah bilik tingkat bawah rumah tersebut.

"Neneknya gagal menyelamatkan mangsa kerana api merebak dengan cepat," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan