Stor Kedai Mesra Petronas Terbakar, Kerugian Dianggar RM250,000

Diterbitkan: Ahad, 16 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerugian RM250,000 dianggarkan dalam kejadian kebakaran di stor kedai Mesra Petronas di Presint 9, di sini, Ahad.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Muhammad Hafidz Yaacob berkata 20 anggota bomba dan dua buah kereta bomba telah dihantar ke tempat kejadian selepas panggilan kecemasan diterima pada pukul 9.34 pagi.

"Kumpulan pertama tiba di tempat kejadian tiga minit kemudian.

"Kami berjaya memadamkan api kira-kira pukul 10.33 pagi," kata Muhammad Hafidz.

"Pasukan forensik akan dihantar ke tempat kejadian pada sebelah petang untuk menyiasat punca kebakaran.

"Kami akan dapat memastikan sepenuhnya jumlah kerugian sebaik sahaja siasatan dilakukan," kata Muhammad Hafidz.

Tidak ada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan