Polis Sahkan Tiga Kanak-Kanak Terselamat Dalam Kebakaran Kereta

Diterbitkan: Ahad, 16 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis mengesahkan terdapat tiga orang kanak-kanak yang dilaporkan telah diselamatkan oleh orang ramai daripada kereta yang terbakar di luar Hospital Selayang Jumaat, bukan dua orang seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Kanak-kanak berkenaan berusia sembilan dan 12 tahun.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, tiga kanak-kanak berkenaan telah ditinggalkan di dalam Proton Exora dengan penghawa dingin dipasang selama lebih satu jam manakala bapa mereka pergi menjemput isterinya di hospital.

Ketiga-tiganya mereka telah ditarik keluar apabila orang ramai di hospital menyedari berlakunya kebakaran.

"Saya boleh mengesahkan jumlahnya adalah tiga, bukan dua, berdasarkan laporan-laporan yang diterima. Penghawa dingin kereta itu dipercayai telah menjadi terlalu panas lalu menyebabkan ia terbakar.

"Bapanya tidak sepatutnya meninggalkan mereka di dalam kereta kerana ia ternyata boleh menjadi lebih buruk daripada itu," kata Abdul Rahim sambil menambah polis telah membuka kes kecuaian terhadap bapa kanak-kanak.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan