Kereta Karam Singh Walia Ditemui Di Johor

Diterbitkan: Ahad, 16 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR GUDANG: Polis Johor menemui kereta Wolkswagen Passat milik wartawan TV3 Datuk Karam Singh Walia di sebuah rumah di Kempas, Johor Baharu awal pagi Ahad.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata dalam serbuan kira-kira 2 pagi itu, tiga suspek berumur antara 36 hingga 39 tahun yang dipercayai pakar dalam kegiatan pecah rumah dan mencuri kereta turut ditahan.

Kereta itu dilarikan dari rumah Karam Singh di Taman Sri Andalas, Klang, Selangor pada 13 Feb lalu.

Beliau berkata turut ditemui ialah dua buah kereta lain dan pelbagai barangan yang dipercayai turut dicuri.

"Kita percaya kumpulan ini mempunyai rakan subahat yang lain dan kita akan menjalankan siasatan untuk mengesan mereka," katanya kepada pemberita di sini.

Mohd Mokhtar berkata suspek akan diserahkan kepada polis Selangor untuk tindakan susulan. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan