Premis 100 Tahun Di Jonjer Walk Musnah Terbakar

Diterbitkan: Sabtu, 15 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Suasana meriah pasar malam Jonker Walk di Jalan Hang Jebat di sini bertukar kelam-kabut apabila sebuah premis berusia 100 tahun yang menjual makanan tempatan dan tradisional terbakar.

Dalam kejadian 11.30 malam itu, bumbung bangunan milik Persatuan Eng Choon tersebut runtuh dan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka Zainuddin Md Alip pada Sabtu.

Bercakap dalam sidang media di sini, beliau berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 11.32 malam dan tiba di lokasi lima minit kemudian dengan empat jentera bersama 25 anggota.

Ketika tiba, api sedang marak di bahagian tengah kedai dan kebakaran dapat dikawal daripada merebak ke bangunan sebelah pada 11.48 malam serta dipadamkan sepenuhnya pada 12 tengah malam, katanya.

Menurut Zainuddin, bomba mengalami kesukaran tiba di lokasi kerana kawasan tersebut sesak dengan pengunjung namun peniaga memberi kerjasama dengan mengosongkan jalan bagi memberi laluan kepada jentera bomba.

Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan, katanya.

Sementara itu seorang saksi, Lo Kian Joo, 63, berkata ketika kejadian dia sedang minum di sebuah kedai berhampiran sebelum melihat kepulan asap tebal keluar dari premis terbabit.

"Mulanya saya sangka asap itu berpunca dari gerai yang membakar sate dan sotong kering tapi asap semakin tebal dan api kelihatan di kedai makanan terbabit, barulah saya sedar ada kebakaran berlaku," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan