Kanak-Kanak Maut, Ibu Parah Diserang Gajah Liar

Diterbitkan: Sabtu, 15 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JELI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut manakala ibunya cedera parah selepas diserang seekor gajah liar di sebuah kebun getah di Bukit Perawas, Ayer Lanas di sini, pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Jeli, DSP Sheik Azhar Sheik Omar berkata dalam kejadian 10 pagi itu, Wan Aidid Nasrullah Wan Mahmud yang berada dalam raga motosikal, maut selepas tercampak keluar selepas motosikal dirempuh gajah liar itu.

"Kanak-kanak itu berada dalam raga motosikal menunggu ibu bapanya yang sedang menoreh getah, gajah itu dilaporkan menyerang ibu mangsa terlebih dahulu," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Ibu mangsa, Rezamawati Che Mat, 37, mengalami kecederaan parah di bahagian kaki dan badan, manakala bapa mangsa, Wan Mahmud Wan Omar, 33, yang berada berhampiran bagaimanapun terselamat sebelum gajah berkenaan beredar dari tempat kejadian.

Beliau berkata penduduk kampung kemudiannya membawa kedua-dua beranak itu ke Hospital Jeli namun kanak-kanak itu dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan.

Beliau berkata pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah berjaya mengesan gajah terbabit dan sedang berusaha menangkap dan memindahkan gajah berkenaan.

Sementara itu Rezamawati yang ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Perawas berkata ketika kejadian itu dia dan suaminya sedang menoreh getah manakala anak bongsu daripada lima beradik itu berada di dalam raga motosikal.

"Tiba-tiba datang seekor gajah menyerang saya dahulu dan kemudiannya saya rebah sebelum gajah itu memijak belakang badan dan bahagian kaki kanan saya sehingga patah," katanya.

Beliau berkata gajah berkenaan kemudian merempuh motosikal sehingga anaknya tercampak dan tidak sedarkan diri.

"Saya dan suami hanya mampu melaungkan kalimah Allahuakbar berulang kali sehingga gajah berkenaan beredar.

"Anak saya bagaimanapun gagal diselamatkan dan saya diberikan rawatan dan dibenarkan pulang ke rumah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan