Ibu, Anak Maut Kereta Rempuh Pokok - Berita Jenayah | mStar

Ibu, Anak Maut Kereta Rempuh Pokok

Diterbitkan: Sabtu, 15 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Dua beranak maut apabila kereta mereka merempuh pokok di Jalan Bukit Lintang pagi Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, Rossita Roslan, 42, dan anak bongsunya Siti Norsyahira Jalal, 11, meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara anak sulung mangsa, Siti Aishah, 16, cedera parah di kepala dan kini dirawat di Hospital Melaka.

Suami mangsa, Jalal Yusof, 48, berkata isterinya memandu dari rumah mereka di Telok Mas untuk ke rumah ibu mentuanya di Taman Seri Duyong sementara beliau menunggang motosikal.

Beliau yang bekerja di syarikat SWM Environment Sdn Bhd berkata beliau yang sampai dahulu menunggu isteri dan anak-anaknya selama 10 minit, tetapi mereka tidak juga tiba.

"Saya menghubunginya sebanyak empat kali sebelum dijawab seseorang yang memberitahu isteri saya kemalangan," katanya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd Rahman berkata kereta Perodua Myvi yang dipandu Rossita dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar pokok.

Dalam kemalangan berasingan, seorang pekerja kontrak maut dirempuh kereta ketika sedang memasang dan membaik pulih paip di Jalan Batang Tiga-Tanjung Minyak kira-kira pukul 9 malam Jumaat.

Salehhudin berkata Tan Chuan Long, 29, sedang berada di tengah jalan apabila dirempuh kereta yang dipandu seorang remaja berumur 22 tahun. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan