Bakakuk Dirampas Dari Seorang Lelaki

Diterbitkan: Sabtu, 15 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Polis menahan seorang lelaki dan merampas senapang patah buatan sendiri atau bakakuk bersama tiga butir peluru di kawasan hutan simpan Batu 41, Jalan Sepulut-Kalabakan dekat sini malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar berkata suspek yang berumur 27 tahun itu ditahan kira-kira 9.40 malam oleh sepasukan anggota Jabatan Perhutanan yang sedang membuat operasi di kawasan berkenaan.

"Ketika ditahan, suspek dipercayai cuba memburu di kawasan itu. Pegawai perhutanan yang membuat operasi membanteras pemburu haram di kawasan itu telah menjumpai suspek dan terus menangkap suspek serta merampas selaras bakakuk dan tiga butir peluru," katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan