Warga Emas Digilis Kereta Api

Diterbitkan: Jumaat, 14 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Seorang wanita warga emas berusia 80 tahun maut digilis kereta api yang dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Gua Musang tidak jauh dari rumahnya di Kampung Batu Dua, Kuala Nerus, di sini, Khamis. Dalam kejadian pukul 10 pagi ini, Limah Yunus dikatakan keluar dari rumahnya yang terletak 40 meter dari landasan kereta api itu dan dipercayai duduk di tepi landasan berkenaan sebelum kereta api penumpang menggilisnya.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan kemalangan itu disedari penduduk apabila kereta api berkenaan berhenti secara tiba-tiba untuk pemandunya memeriksa objek yang ia terlanggar.

Anak mangsa, Azman Awang, 44, ketika ditemui di tempat kejadian, berkata ibunya kerap kali merayau-rayau di kawasan landasan itu hingga kadang kala tersesat di dalam hutan berhampiran kerana usia tua dan nyanyok.

Azman yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah di sini, bergegas pulang selepas menerima panggilan telefon daripada seorang anak perempuannya tentang kejadian itu.

"Sebaik saya tiba, orang ramai memenuhi kawasan landasan kereta api berhampiran rumah sebelum melihat mayat ibu saya dalam keadaan cedera parah dan mengerikan berada di tepi landasan itu," katanya.

Azman berkata sudah seminggu ibunya asyik ingin keluar rumah dan dia terpaksa mengurungnya di dalam rumah dengan menutup pintu dan tingkap.

"Malam kelmarin juga dia hilang dari rumah apabila keluar dari rumah menerusi tingkap dan apabila kami melancarkan gerakan mencari menemui ibu sedang duduk di atas landasan kereta api jam 2 pagi, tetapi nasib baik ketika itu tidak ada perjalanan kereta api," katanya.

Dia terkejut dan sedih apabila melihat ibunya meninggal dunia dalam keadaan mengerikan namun pasrah dengan ketentuan Ilahi.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang di sini untuk bedah siasat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Nerus.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan