Suspek Curi Kereta Ditahan Selepas Kereta Terbabas

Diterbitkan: Jumaat, 14 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Polis menahan seorang suspek berusia 22 tahun apabila kereta yang dinaikinya terbabas selepas melanggar sebuah kereta peronda polis dan lima kenderaan awam di sini, Khamis.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata dalam kejadian pukul 2 petang itu, anggota kereta peronda polis cuba menahan suspek untuk pemeriksaan tetapi suspek bertindak memecut kenderaannya.

Katanya kereta peronda polis telah mengejar kenderaan berkenaan sejauh tiga kilometer sebelum suspek melanggar kereta peronda polis lain dan lima kenderaan awam sebelum kereta itu hilang kawalan dan terbabas sebelum terbalik.

"Dalam kejadian di Jalan Permas Utara off Jalan Masai Lama di sini, suspek mengalami kecederaan di jari tangan kanan," katanya dalam kenyataan di sini.

Sulaiman berkata siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Waja berwarna kelabu itu dilaporkan hilang dan suspek tidak mempunyai lesen memandu.

"Suspek dipercayai seorang penagih dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan