Ops Tapis: 39 Penagih Dadah Ditahan Di Melaka

Diterbitkan: Jumaat, 14 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seramai 39 penagih dadah teramsuk seorang wanita ditahan dalam Ops Tapis di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Ujong Padang di sini, Rabu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd Rahman berkata, seorang daripada penagih dadah berusia 36 tahun itu dipercayai turut mengedar dadah dan memiliki heroin seberat 68 gram dianggarkan bernilai RM3,000 ketika ditahan.

Beliau berkata, lelaki berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sementara tahanan lain yang berusia antara 23 dan 53 tahun itu disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983, katanya.

"Pengedar ini antara individu yang amat dikehendaki kerana terlibat dalam urusan jual beli dadah di beberapa kawasan di sini hasil risikan dan intipan selama seminggu," katanya dalam sidang akhbar di sini, Khamis.

Beliau berkata, ladang terbabit dipercayai menjadi transit jual beli dadah bagi penagih di kawasan Tanjung Minyak sejak bulan lepas.

Katanya, polis turut merampas sebuah motosikal yang dilaporkan hilang di Alor Gajah pada 16 Januari lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan