Geng Pak Rasid Samun, Curi Motosikal Tumpas

Diterbitkan: Jumaat, 14 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Sebanyak 10 anggota Geng Pak Rasid yang terdiri daripada enam lelaki dan empat wanita yang dipercayai terlibat dalam jenayah samun dan mencuri motosikal di sekitar Melaka Tengah sejak awal tahun ini ditahan Khamis.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata mereka yang berusia antara 20 hingga 30 tahun ditahan di lima lokasi berasingan dalam operasi khas Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah selama 14 jam bermula 6 pagi.

Beliau berkata tangkapan pertama melibatkan dua lelaki berusia 22 dan 23 tahun sebaik mereka keluar dari sebuah restoran di Taman Melaka Raya kira-kira pukul 6 pagi dan mahu menaiki motosikal.

"Hasil siasatan mendapati kedua-dua motosikal tersebut merupakan motosikal curi," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, Jumaat.

Susulan penahanan itu, polis memberkas pula seorang lelaki berusia 25 tahun dipercayai ketua geng terbabit di sebuah rumah di Kota Laksamana kira-kira pukul 7 pagi.

Salehhudin berkata siasatan awal mendapati ketua geng itu yang dikenali sebagai Rasid mempunyai empat rekod jenayah lampau masing-masing melibatkan dua kes samun dan kes dadah.

Beliau berkata ia disusuli tangkapan ketiga melibatkan seorang wanita berusia 25 tahun bersama beberapa barang rampasan termasuk dua pucuk pistol palsu di sebuah bilik hotel bajet di kawasan sama pada tengah hari.

Katanya tangkapan ke empat pula melibatkan seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 20 dan 24 tahun yang turut memiliki sebilah pedang panjang berukuran 27 sentimeter di sebuah hotel bajet di Ujong Pasir pada 3 petang.

"Tangkapan terakhir pula melibatkan dua wanita dan dua lelaki berusia antara 24 hingga 30 tahun di sebuah rumah teres di Bukit Katil kira-kira pukul 4 petang," katanya.

Beliau berkata secara keseluruhan polis turut berjaya merampas lapan motosikal curi, enam beg tangan pelbagai jenama dipercayai milik mangsa ragut, sebuah komputer riba dan seutas jam tangan di lokasi penahanan kesemua suspek.

Salehhudin berkata siasatan lanjut mendapati geng terbabit dipercayai terlibat dalam lapan kes curi motosikal dan 12 kes samun bermula awal tahun ini selain positif dadah jenis methamphetamine.

Semua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan dan bersenjata, katanya.

Sementara itu beliau berkata seramai 17 suspek kes ragut telah ditahan sejak 1 Jan lepas sehingga semalam dan semua mereka didapati positif methamphetamine.

Katanya sebanyak 75 kes ragut turut dilaporkan berlaku di sekitar Melaka Tengah dalam tempoh sama.

"Ekoran tertangkapnya 17 suspek ini, kita percaya telah berjaya menyelesaikan tidak kurang daripada 30 kes ragut di Melaka Tengah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan