1.5 Kg Syabu Ditemui Dalam Ladang Kelapa Sawit

Diterbitkan: Jumaat, 14 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Jabatan Imigresen Johor menemui bungkusan dadah dipercayai methamphetamine atau syabu yang dianggar bernilai RM180,000 di Felda Sungai Mas, Kota Tinggi tengah malam Khamis.

Pengarahnya Rohaizi Bahari berkata syabu seberat 1.5 kilogram itu ditemui pada salah seorang pendatang asing tanpa izin (Pati) yang ditahan dalam kawasan ladang dalam Operasi Operasi Bersepadu 60 kira-kira 12.30 tengah malam.

Siasatan awal mendapati, suspek yang berusia 45 tahun itu menerima bungkusan tersebut daripada seorang tekong darat untuk diserahkan kepada seseorang di Batam, Indonesia.

"Suspek disuruh membawa bungkusan itu dan sebagai ganjaran, pihak tekong tidak akan mengenakan bayaran kepada dirinya untuk pulang ke Indonesia," kata beliau dalam sidang akhbar di sini, Jumaat.

Rohaizi berkata dalam operasi itu, seramai 12 Pati warga Indonesia berusia antara 24 hingga 45 tahun yang dipercayai mahu keluar dari negeri ini secara haram ditahan.

Mereka tidak mempunyai pas masuk sah ke negara ini, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan