Polis Tahan Dua Suspek Edar Dadah

Diterbitkan: Khamis, 13 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LABUAN: Polis menahan dua suspek termasuk seorang wanita dan merampas syabu seberat 12.04 gram dalam dua tangkapan berasingan di sekitar bandar, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Labuan Supt Adzhar Othman berkata dalam serbuan pertama pada anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menahan wanita tempatan berumur 20 tahun yang disyaki pengedar dadah.

"Semasa diberkas terdapat satu kotak rokok di tangan suspek dan hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui dadah jenis syabu seberat 6.64 gram di dalam kotak rokok itu," katanya.

Hasil siasatan ke atas wanita berkenaan membawa kepada penangkapan rakannya seorang lelaki berusia 30 tahun, katanya.

"Polis menemui satu paket plastik dipercayai dadah jenis syabu daripada suspek lelaki dengan anggaran berat kasar 5.40 gram di dalam poketnya," katanya.

Hasil ujian air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah jenis Methamphetamine, katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan